Jom Tengok... ♥

Selamat Tinggal Mr. Dec ku ♥

Dear Crush,


awak memg takkan faham perasaan saya sampai bila-II. dah lama saya pendam tp bila tiba-II saya luahkan saya telah pun kehilangan seluruh rasa yang ada. semuanya hancur bila awak katakan saya cuma akan berharap dan takkan pernah memiliki dirinya. sungguh tak pernah aku menipu hati dan perasaan sendiri bila aku mula menyayangi dan mencintai seseorang. namun, harapan dan impian yang aku tanamkan sudah terlerai sebelum aku merasakan kebahagian itu milik aku. hancur hati aku bagaikan kaca terhempas ke lantai. retak seribu bagaikan tidak mampu untuk bercantum kembali.

memg pedih ayat terakhir yang kau lemparkan padaku. namun, aku harus menerima walaupun terpaksa. sebenarnya memg silap aku kerana menyimpan perasaan pada seseorang yg tak mungkin jadi milik aku selamanya. aku yang tak layak memiliki kebahagiaan atau aku yang tak layak memiliki cintamu wahai Mr. Dec?? 

tak sangka selama dua tahun ini, aku cuma bertepuk sebelah tangan. layanan kau seorang lelaki memg mampu melalaikan hati seorang perempuan yang lemah seperti aku. bukan aku menyesal mencintaimu tapi aku sgt kesal kerana tak pernah menyedari bahawa CINTA yg ada dalam hati kau bukan untuk aku. aku harap dengan kekecewaan yg aku rasakan ini adalah kebahagiaan untuk kamu Mr. Dec. sebagaimana benci pun kau pada aku tapi dihati aku tetap menyayangimu sehingga ke akhir hayatku sama seperti yg pernah ku ucapkan pada hari pertama aku JATUH CINTA padamu.tapi, kau jgn risau aku cuma kecewa tapi aku takkan pernah menangis kerana aku selalu OK! :)

http://www.youtube.com/watch?v=hMBNPj-4fgw